Monday 28 March 2011

Manfaatkan teknologi



        Pada abad ke-20 kini, terdapat pelbagai cara atau metodologi yg boleh dipraktikkan  oleh para pendakwah selain dari dakwah secara lisan dan hal. Ianya bukanlah satu cara yang mudah akan tetapi perlu secara terus-menerus. Antaranya, Dakwah bil Kitabah (penulisan) amat bersesuian dengan masyarakat kini yang mempunyai pelbagai tabiat. Ada yang malu untuk bertanya, ada yang tidak sempat atau terlalu sibuk dengan kerja dan sebagainya. Maka dengan kaedah ini, sedikit sebanyak akan membantu mereka bagi menambahkan lagi input di waktu lapang mereka di samping pendakwah boleh menghuraikan secara terperinci berkaitan dengan Islam.
Dakwah melalui penulisan dapat terus diingati....
          Terdapat dua cara utama yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam bidang penulisan ini sasuai dengan situasi semasa. Di antaranya melalui pembukuan dan media cetak serta media elektronik.
          Seperti kita tahu terdapat pelbagai jenis media cetak pada masa kini. samada surat khabar, majalah, risalah, jurnal-jurnal dan sebagainya perlu dipraktikkan. Melalui pelbagai cara ini, gerakan dakwah dapat tersebar luas bukan hanya dalam kumpulan masyarakat yang kecil malah di seluruh dunia.
          Agama Islam sebagai agama samawi diturunkan sebagai sifatnya yang universal dan ia sesuai sepanjang zaman dan pelbagai tempat. Oleh yang demikian, kehadiran internet kini telah menjadi sebahagian dari kehidupan dan ia perlu digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam dan ia perlu digunakan sebagai salah satu alat dakwah yang penting.
         Media elektronik yang sesuai dengan cara penulisan kini ialah dengan melalui internet iaitu satu jaringan popular masa kini elbih-lebih lagi pada gologan muda. kadang kala pengaruh internet memberi kesan yang hebat kepada mereka, maka adalah menjadi salah satu alternatif yang baik jika para pendakwah turut menggunakan cara ini. Bukan hanya penulisan di laman -laman wed, jaringan email, blog malah jaringan-jaringan sosial seperti facebook, friendster, twitter dan sebagainya turut memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat lebih-lebih lagi untuk menarik perhatian remaja kini. Ternyata teknologi merupakan salah satu kemudahan yang perlu dimanfaatakan dan sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada semua orang untuk berdakwah. Jadi, ayuh semarakkan dunia dakwah melalui internet!
         Secara kesimpulan, terdapat pelbagai cara yang kreatif bersesuai dengan keadaan semasa yang perlu lagi di fikirkan para pendakwah di dalam penyebaran dakwah kini. Ianya sedikit sebanyak perlunya kaedah psikologi bagi menawan hati-hati manusia yang penuh dengan kelalaian dengan persekitaran semasa. Semoga dengan cara dan kaedah yang baik, penyebaran Islam dapat lagi diperluaskan ke pelusuk dunia. Bukan tanggungjawab ini perlu di pikul oleh pendakwah sahaja, malah semua orang Islam yang berkemampuan.
                           
                              ~sama-samalah kita menegakkan syiar Islam!~




No comments:

Post a Comment