Saturday 15 October 2011

:: Suratan Takdir::

Hati yang terluka oleh kerana cinta yg disemai telah di kianati...betapa cintanye dan sayang kita
kepada seorng itu tp hakikatnya dia bukan milik kita maka janganlah bersedih wahai hati yang
lara....kita mesti ingat bahawa jodoh pertemuan kententuan Illahi...

Dialah yg mengetahui segala- galanya...wahai sahabat-sahabat yang pernah jatuh cinta tetapi akhirnya putus di tengah jalan janganlah kecewa dan bersedih kerana Allah akan mempertemukan kita dengan jodoh yang lebih baik dari itu...bersabarlah dan sentiasa berdoa semoga suatu hari nnti jodoh yang telah Allah tetapkan kepada kita akan hadir tanpa kita sedari...ianya sudah Allah tentukan siapa jodoh hanya lambat atau cepat pertemuan itu...

wahai sahabat-sahabat yang pernah pertama kali bercinta tetapi akhinya putus di tengah jalan, dan impian yang selama ini hidup bersama tetapi tidak kesampaian janganlah berputus asa insyallah Allah akan menganugerahkan jodoh kita yang lebih baik dan yang sesuai dengan kita...seperti yang Allah janjikan kepada kita" perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya"..

wahai sahabat-sahabat janganlah berputus asa jadikan pengalaman yang lepas sebagai ikhtibar dan pengajaran...tingkatkan amalan ibadah dan perbanyakkan berdoa dan tawakal kepada Allah..insyallah Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik...coretan ini dari hamba yang lemah untuk sahabat-sahabat yang dikasihi...sebagai nasihat dan peringatan kepada semua huhu....

2 comments:

  1. nasihat tuk dri sndiri n sahabt2 ana...

    ReplyDelete
  2. ~:: Bukankah jodoh itu rahsia Allah? Tidak perlu gusar mencari atau mengejarnya. Jodoh itu ibarat kematian yang akan datang kepada semua orang dan semua orang tidak dapat mengelak daripada jodoh sepertimana mereka tidak dapat mengelak daripada maut. Pada saat dan waktunya yang tepat tiba, Dia pasti akan menemukan hamba-hambaNya itu dengan jodoh masing-masing seperti yang ditetapkan ::~

    ReplyDelete