Wednesday 21 December 2011

Petua Pelajar Cemerlang..



Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
1. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
4. Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
6. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
7. Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.


Monday 19 December 2011

Sanah Helwah..


19.12.2011,Isnin,7.53pm

Assalamualaikum....

Hari ini hari lahirku, bertambah usiaku...semoga bertambah amalanku, ibadahku dan juga bertambahlah tanggung jawabku...Tanggal 19.12.2011, hari isnin..merupakan besdayku yang ke-23thun..dah tua upenyer..huhuhu..tapi perangai masih mcm budak-budak..hihi..semakin meningkat usia membuatku ledih matang dalam membuat keputusan dan menghadapi kehidupan ini...

masihku ingat lagi tahun lepas aku sambut besdayku dengan keluargaku..kebetulan besdayku sama dengan besday Adikku..huhuhu..aku masih ingat lagi 2biji kek di beli tuk aku n adikku dan kami jugak smbut hari lahir ibu tercinta kami...dalam keluargaku ad 4 orng smbut besday jatuh bulan 12..hhuhu..siapa lagi klau bukan aku, ibuku, adikku dan abangku...i love u all of u..huhu

semoga usiaku yg bertambah ini, harap2 bertambahlah juga amalan ibadahku...hanya satu jer prinsip hidupku..Berpegang teguh kpd Al-quran dan Sunnah...setiap aper ujian yg Allah berikan..insyaAllah akan ku tempuhi dengan tabah dan sabar..hihihi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah Ya Tuhanku...aku mohon pdamu permudahkanlah segala urusanku..jadikanlah Aku wanita Solehah di Dunia n Akhirat...jadikanlah Aku seorang Wanita yang Tabah menghadapi segala ujian yang engkau berikan kepadaku...Jadikanlah Aku seorg Anak, Isteri dan Ibu yang solehah...permudahkanlah jodohku..semoga Aku di pertemukan dengan Imamku yang boleh membimbingku, mencintaiku dan menyayangiku di Dunia dan Akhirat..ameen hihi..
AKU SAYANG KELUARGAKU....

Sunday 18 December 2011

~Senyum itu Sedekah~


Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.




15. Pujangga menyebut :

” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.



Saturday 3 December 2011

~Untukmu Wanita~


UntuKmu waniTa....
 
Assalamualaikum...tiba2 terasa nk post sesuatu kt blog ini...kpd sahabat2 yang Ana syngi dan kaum hawa yg ana kasihi semua...kita perlu bersyukur kepada Allah SWT krn  Allah telah Memelihara dan mengangkat martabat wanita... kaum wanita pada zaman jahiliah di anggap kaum yg lemah, hina dn mcm2 lagi...akan tetapi slps kdtngn islam maruah wanita diangkat. tidak sprt pada zaman jahiliah...kepada kaum hawa kita patut bersyukur dengan ape yang Allah kurniakan kepada kita...sifat wanita itu semestinye lembut, pemalu, penyayang dll...sbgai cntoh ibu kita yg sememangnya seorg ibu yg cukup penyayang...dan kita mesti ingat sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah....so, jadilah wanita yg hebat di dunia dan akhirat..
kaum hawa yang Ana sygi semua...jangan lah kerana disebabkan kita, dunia menjadi musnah, maksiat berleluasa, sntiasa di hina dan di anggap lemah..jadilah kaum hawa yang sama2 membantu kaum Adam dalam mengakkan Islam dan janganlah jadi kaum yg melemahkan kaum Adam..jadilah wanita muslimah yg sama2 memperjuang agama Allah dalam menyebarkan Dakwah..stkt ini shja cretan ringkas dari Hamba yg lemah...hehe

Friday 2 December 2011

~Doa~

"YA RABBI, LIMPAHKAN KEPADAKU KURNIA UNTUK MENSYUKURI NIKMATMU YANG TELAH ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADAKU DAN KEPADA KEDUA ORANG TUAKU; KURNIAKAN PADAKU HINGGA BOLEH MENGERJAKAN AMAL SOLEH YANG ENGKAU REDHAI; DAN MASUKKAN AKU DENGAN RAHMATMU KE DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBAMU YANG SOLEH." (An-Naml,19)


Thursday 1 December 2011

~cAhayA hidUpkU~


                         Bismillahirrahmanirahim......

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.... berikanlah aku kekuatan, keimanan dan kesabaran dalam mengharungi hidup ini dengan tabah...setiap ujian yang engkau berikan kpdku akan ku terima dengan redhamu...Ya Allah berikanlah aku hidayahmu dan permudahkanlah setiap urusanku, keluargaku dan sahabat2 yg ku sayangi ini...semoga Allah sentiasa memberi sinar cahaya dalam hidupku....Ameen...
                                      ~Nur HiDupKu~

Thursday 24 November 2011

Erti Sebuah Persahabatan




Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi....

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal...
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu....

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan....

Saturday 19 November 2011

Kelebihan Berdoa....






 
             Imam Ghazali berkata,"Meskipun doa itu tidak dapat menolak Qada Tuhan, tetapi ia mampu melahirkan sifat rendah diri dan hajat kepada Tuhan. Dalam suatu hadis disebutkan bahawa menolak qada boleh dengan doa. Tegasnya, doa menjadi salah satu sebab tertolaknya bencana, sebagai perisai, menjadi penangkis daripada senjata musuh dan bagai air yang menyebabkan tumbuhnya tanaman."

             Dengan berdoa diharapkan segala dosa kita kepada Tuhan diampuni dan diberi kebaikan. Kita juga mengharapakan diberi hidayah, keampunan, pertolongan, kenikmatan, kasih sayang dari Tuhan dan memohon supaya dijauhkan daripada sifat kekufuran, kemurkaan, kepapaan, kesesatan, musibah dan laknatnya.

             Wahai sahabat-sahabat sekalian, janganlah kita berasa bangga diri dan takabur dalam hidup ini..jadikanlah diri kita ini sentiasa dekat dengan pencipta kita iaitu AllaH SWT...sentiasalah berdoa supaya kita mendapat kebahagian dan keredhaan Allah didunia dan Akhirat..insyaallah..ameen..

Friday 18 November 2011

~memohon kekuatan iman~

"YA TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI TELAH BERIMAN, MAKA AMPUNILAH SEGALA DOSA KAMI DAN PELIHARALAH KAMI DARI SEKSA NERAKA."(ALI IMRAN,16)

Sunday 13 November 2011

'''edit photo'''

this is my teddy bear huhu...cute kn???comel2 huhu....

~ "YA ALLAh, JADIKANLAH AKU ANTARA KALANGAN HAMBAMU YANG MENDAPAT BAHAGIAN (PENCAPAIAN) YANG HEBAT PADA NUR YANG ENGKAU KURNIAKAN SEBAGAI HIDAYAH, DAN RAHMAT YANG ENGKAU KURNIAKAN, DAN REZEKI YANG ENGKAU SEBARKAN, DAN MUDARAT YANG ENGKAU SELAMATKAN ( DARIPADA MENIMPA HAMBA-HAMBAMU), DAN BALA YANG ENGKAU ANGKAT (DARIPADA MENIMPA HAMBA-HAMBAMU), DAN FITNAH YANG ENGKAU JAUHKAN (DARIPADA MENIMPA HAMBA-HAMBAMU), DAN KEBURUKAN YANG ENGKAU HINDARKAN (DARIPADA HAMBA-HAMBAMU)" ~ -Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Tabrani.

Friday 4 November 2011

++Lukisanku++

ini lukisan pertama Ana...huhu..walaupun tidak cantik tapi cantik bagiku..hAhaha..like2..

lukisan ini lahir dari hatiku sendiri tanpa tiru mana2 lukisan orng lain...so cute...
.......SEINDAH SYURGA...........



Lukisan ini very simple tp mempunyai makna tersendiri...huhu


semua ini adalah lukisanku sendiri...lahir dari hatiku..walaupun x cantik tp aku ckup happy...this is my hobby..huhuhu..ble dh boring, tension, ble ada waktu lapang dll aku akn melukis..walaupun xsecantik lukisan org lain..haha

Monday 31 October 2011

::kepastian::

Jom hayati lirik ini....

Ujian Tuhan Kepada Semua Insan..
Adalah Kehidupan Ini...

Yang Baik Menjadi Tuntutan
Yang Buruk Dijauhkan

Syurga Yang Dijanjikan
Bukanlah Satu Khayalan

Tentang Nikmat 
Berpanjangan Illahi....

Neraka Yang Tercipta
Menghimpun Azab Derita...

Tangisan Kesengsaraan Insan...

Syurga Adalah Kelazatan...
Terbentang Buat Hamba Beriman..

Yang Kasihkan Tuhannya
Yang Kasihkan Rasulnya
Yang Kasihkan Agamanya

Neraka Tempat Kemurkaan
Ankara Kedurjanaan Insan..

Yang Lupakan Tuhannya
Yang Lupakan Rasulnya
Yang Lupakan Agamanya....

Siapa Yang Lebih Mulia
Dari Mereka Yang Tidak Lupa

Janji Allah Adalah Kepastian
Dan Nikmat Syurga Adalah Indah....