Saturday 5 January 2013

IMPIANKU...

Assalamualaikum dan selamat pagi sume...dh lama x update blog ni al maklum lh cbuk sangat nge kerja2..kerja aper ea..huhuhu..Alhmdulillah aku bersyukur sangt rezaki yang Allah berikan kepadaku..aku dpt tawaran menjadi seorang pendidik yang selama ini merupakan impianku untuk menjadi seorang ustazah...terima kasih banyak2 kpd Mek n Ayah,berkat  doa mereka untuk melihat anak mereka berjaya tercapai...Alhmdulillah...Ayahku ingin sangat aku menjadi seorang ustazah n skrang Allah telah mkbulkannya...time kasih mek n ayah..tie sayanggggggggggg sangt2  mek n ayah...

Tanggal 2.1.2013 merupakan tarikh yang aku xkn lupa sbb hari itu merupakan hari pertama aku melapor dia sebagai seorang guru...hihi..betul ke ni...cm xcye lak...sebelum dtng cni berat hati untuk meninggalkan mek n ayah..tpi demi masa depanku dan harapan mereka, aku melangkah dengan Bismillah..sesungguhnya aku ingin menjadi seorang pendidik yang mendapat keredhaan Allah SWT didunia dan akhirat...aku akan laksanakan tangggungjawab dan amanah yang diberikan....

SK JENGKA 10...itulah tempat yg akan aku berkhidmat...Insyaallah segala ilmu akanku sampaikan kepada pelajar2ku....kepada sahabat2ku yang sama2 berjuang selamat menjadi seorang pendidik yang berjaya didunia dan Akhirat...Insyaallah...Ameen...sayang kamu semua...hihi


Friday 15 June 2012

~SIFAT MALAS ADALAH KEMBAR KEGAGALAN~



kerja yang paling mulia di dunia menungang kuda (dalam perang jihad). Sebaik-baik pendamping adalah buku (yang bermanfaat)

Pesan ini kutujukan kepada sahabat-sahabat yang disayangi, wahai sahabat-sahabatku, agar anda semua berusaha dan bekerja dengan baik, tidak tunduk kepada kelemahan hati, kemalasan dan meyerah kepada pengangguran. tetapi bangunlah, perbaikilah segala sesuatu yang boleh anda mulai dari rumah dan pejabat anda. 

Laksanakan apa yang menjadi kewajipan anda. Dirikanlah sembahyang, bacalah al-Quran, buku yang bermanfaat, dengarlah kaset yang boleh memberi manfaat, duduklah bersama-sama jiran tetangga dan kawan-kawanmu selagi ia boleh menjadikan anda menjadi lebih takwa.

Setelah itu tentu anda akan menemukan kebahagian, kelapangan dan kegembiraan yang sebenar. Janganlah sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan boleh dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat.

sekali lagi saya ingatkan supaya sahabat-sahabatku sekalian menjauhi perbutan maksiat, kerana itu penyebab kesedihan. Takutlah akan murka Allah. Bertakwalah kepadanya, kerana takwa adalah jaminan kebahagian dan keredhaanNya kepada kita. Jangan lupa menebarkan senyuman yang ikhlas dan wajah yang tenang sesungguhnya ketenangan itu membawa kebahagian hidup didunia dan akhirat...


Pedoman Hidup

Jika kesedihan anda semakin menjadi-jadi, penderitaan semakin teruk, ucapkanlah, "La ilahaillallah."

"Maka kesabaran itu adalah yang terbaik(bagiku)."

Monday 30 April 2012

```praktikal```


inilah sahabat-sahabatku yang praktikal sama2 at PERKIM...ni time program tautan kasih 3...hihihi....kenangan kita bersama akn ku simpan dalam memory indah kita...huhu


buzzzzynyerrrrrrrr dia...kihkihkih


hihihi..time ni sempat lagi berposing nk p ziarah kt Hospital KL....


Sempat lagi bergambar bersama k.putih, k.midah n hafizhah...toing3x..


Budak kuat makan nih adoi...hihi..ni time program smart solat at masjid negara...




Program Usrah n Ziarah di Angulia Beach House Resort Terengganu..Best sangat kt sini...xkn ku luper pengalaman kt cni...hihi



Program Usrah & Ziarah di Ipoh, Perak...



Gembira bersama PERKIM....lalalalala



sempat lagi berposing sblm balik...huhu..sayang kakak2 semua...hehe



Us.Sayyid, Us. Farhan n K.umie bincang tntang nk wk resolusi....n Me sbgai pemerhati hihihi...





Bersama staf-staf PERKIM sempena Bengkel Perancangan Aktiviti Dakwah 2012 di Kelana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan...Miss u all....hihi


Sunday 29 April 2012

ISTEMEWA BUAT BAKAL IMAMKU..







untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang pemalu, manja,degil cikit dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini mintaku.


Wednesday 1 February 2012

tittop..


Assalamualaikum...


tiba2 nk tulis sesuatu aper ea...huhuhu..sbnrnye nk ucapkan selamat selamat berpraktikal n selmat finishkn thesis kt kwan2....jngn putus asa yea..kita same2 berjuang tuk 1 sem lgi..huhu..tp bnyak lgi cbran akn kite tempuhi..kan2....satu jer nk ingtkn kwan2 jangan lupa pd yg Esa n orang2 yg kita syng tau..ok lah nk smbung wak thesis lak..hihi..Chaiyokkkkkkkkkk..

Wednesday 4 January 2012

~Wanita Solehah~



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.