Monday 28 March 2011

Manfaatkan teknologi



        Pada abad ke-20 kini, terdapat pelbagai cara atau metodologi yg boleh dipraktikkan  oleh para pendakwah selain dari dakwah secara lisan dan hal. Ianya bukanlah satu cara yang mudah akan tetapi perlu secara terus-menerus. Antaranya, Dakwah bil Kitabah (penulisan) amat bersesuian dengan masyarakat kini yang mempunyai pelbagai tabiat. Ada yang malu untuk bertanya, ada yang tidak sempat atau terlalu sibuk dengan kerja dan sebagainya. Maka dengan kaedah ini, sedikit sebanyak akan membantu mereka bagi menambahkan lagi input di waktu lapang mereka di samping pendakwah boleh menghuraikan secara terperinci berkaitan dengan Islam.
Dakwah melalui penulisan dapat terus diingati....
          Terdapat dua cara utama yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam bidang penulisan ini sasuai dengan situasi semasa. Di antaranya melalui pembukuan dan media cetak serta media elektronik.
          Seperti kita tahu terdapat pelbagai jenis media cetak pada masa kini. samada surat khabar, majalah, risalah, jurnal-jurnal dan sebagainya perlu dipraktikkan. Melalui pelbagai cara ini, gerakan dakwah dapat tersebar luas bukan hanya dalam kumpulan masyarakat yang kecil malah di seluruh dunia.
          Agama Islam sebagai agama samawi diturunkan sebagai sifatnya yang universal dan ia sesuai sepanjang zaman dan pelbagai tempat. Oleh yang demikian, kehadiran internet kini telah menjadi sebahagian dari kehidupan dan ia perlu digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam dan ia perlu digunakan sebagai salah satu alat dakwah yang penting.
         Media elektronik yang sesuai dengan cara penulisan kini ialah dengan melalui internet iaitu satu jaringan popular masa kini elbih-lebih lagi pada gologan muda. kadang kala pengaruh internet memberi kesan yang hebat kepada mereka, maka adalah menjadi salah satu alternatif yang baik jika para pendakwah turut menggunakan cara ini. Bukan hanya penulisan di laman -laman wed, jaringan email, blog malah jaringan-jaringan sosial seperti facebook, friendster, twitter dan sebagainya turut memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat lebih-lebih lagi untuk menarik perhatian remaja kini. Ternyata teknologi merupakan salah satu kemudahan yang perlu dimanfaatakan dan sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada semua orang untuk berdakwah. Jadi, ayuh semarakkan dunia dakwah melalui internet!
         Secara kesimpulan, terdapat pelbagai cara yang kreatif bersesuai dengan keadaan semasa yang perlu lagi di fikirkan para pendakwah di dalam penyebaran dakwah kini. Ianya sedikit sebanyak perlunya kaedah psikologi bagi menawan hati-hati manusia yang penuh dengan kelalaian dengan persekitaran semasa. Semoga dengan cara dan kaedah yang baik, penyebaran Islam dapat lagi diperluaskan ke pelusuk dunia. Bukan tanggungjawab ini perlu di pikul oleh pendakwah sahaja, malah semua orang Islam yang berkemampuan.
                           
                              ~sama-samalah kita menegakkan syiar Islam!~




Sunday 27 March 2011

..Sahabat...

Indahnya persahabatan bersemikan keikhlasan..


Sukanya ana ingin berkongsikan di sini tentang sebuah persahabatan..sekarang ni susah nak cari sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita, selalu bersama kita samada ketika susah mahupun senang dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama iaitu menyebarkan dakwah ke jalan Allah. 

Melalui persahabatan juga kita mengenal erti sebuah kehidupan. Ana bersyukur kerana mempunyai sababat yang selalu memberi kata2 semangat, memberi teguran apabila ana melakukan kesalahan tanpa ana sedari , sentiasa  bersama ketika susah dan senang dan dapat berkongsi masalah bersama. setengah orang tidak suka berkongsi masalah dengan sahabat mereka itu semua terpulang kepada seseorang tu.

Kita juga perlu bijak dan berhati-hati memilih kawan bukan semua kawan yang memahami kita dan dapat bersama dengan kita. keikhlasan hati dalam membina sebuah persahabatan akan melahirkan satu ukhwah yang membina..isyaallah...

semoga Allah melindungi kita di dunia dan di akhirat...Blog ini untuk diri ana sendiri dan untuk sahabat2 yang mengenali ana...hehehe..

Friday 25 March 2011

~Will You Marry Me??~



Sabda Rasulullah SAW..
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadah dan sunnah Rasulullah S.A.W yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab.

Perkahwinan kerana Allah Taala akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat..ameen Ya Rabb..

....Rumahku..Syurgaku.....

~Bicara Hati~


        Setiap orang ingin di sayangi, di kasihi, di cintai...semua itu mesti ada dlm diri manusia...tanpa semua itu kita rasa hidup kita tidak beerti, rasa keseorangan dan kesepiaan..alhamdulillah bersyukur pda Allah SWT kerana dia sentiasa berada di sisi kita tpi adakah kita selalu megingatinyer??..alangkah ruginyer kalau kita hanya merasai dan memerlukan pertolongan dari dia ketika berada dalam kesusahan sahaja..bila kita rasa orang di sekelilingi kita menyayangi kita dan sentiasa berada bersama kita, kita lupa kepada pencipta sebenar..tpi apabila orang kita sayang tidak lagi bersama kita lagi...barulah kita sedar siapa kita sebenarnya..mengapa perkara ini terjadi kerana manusia itu lupa siapa sebenarnya mereka..

Ingatlah Allah itu sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan..cuma manusia sahaja yang lupa kepadanya. semoga kita sentiasa mengingati pencipta kita iaitu Allah SWT..

Tuesday 22 March 2011

Agar Sentiasa Dekat Dengan Petunjuk





1. Mendengar Al-quran
Usahakan tetap mendengar lantunan Al-quran walau ke mana anda pergi. Baik sama ada menerusi alat elektronik atau anda sendirinya membaca dari apa-apa ayat Al-quran yang anda hafal.

2. Berdoa setiap masa
Ucapkanlah pelbagai doa setiap hari (mulai masuk kamar hingga doa ketike menaiki kenderaan) yang diajarkan Rasulullah SAW. Ia perlilah dengan niat dan tujuan untuk menambahkan rasa kebergantungan hanya kepada Allah SWT.

3. Solat sebagai kegiatan utama
Aturkan agenda seharian anda berdasarkan waktu solat yang lima. Rancangkan semua agenda kerja dan kegiatan sedemikian rupa, yang membuat anda sudah berada di tempat menunaikan solat dalm keadaan berwuduk 15 minit sebelum azan berkumandang. Rasakan berkah demi berkah akan dilimpahkan kepada anda.

4. Wuduk dengan sempurna
Peliharalah wuduk anda selama mungkin. Berwuduklah dengan sempurna


semoga tips tersebut dapat mendekatkan diri kita kepada Allah...