Friday 15 June 2012

~SIFAT MALAS ADALAH KEMBAR KEGAGALAN~



kerja yang paling mulia di dunia menungang kuda (dalam perang jihad). Sebaik-baik pendamping adalah buku (yang bermanfaat)

Pesan ini kutujukan kepada sahabat-sahabat yang disayangi, wahai sahabat-sahabatku, agar anda semua berusaha dan bekerja dengan baik, tidak tunduk kepada kelemahan hati, kemalasan dan meyerah kepada pengangguran. tetapi bangunlah, perbaikilah segala sesuatu yang boleh anda mulai dari rumah dan pejabat anda. 

Laksanakan apa yang menjadi kewajipan anda. Dirikanlah sembahyang, bacalah al-Quran, buku yang bermanfaat, dengarlah kaset yang boleh memberi manfaat, duduklah bersama-sama jiran tetangga dan kawan-kawanmu selagi ia boleh menjadikan anda menjadi lebih takwa.

Setelah itu tentu anda akan menemukan kebahagian, kelapangan dan kegembiraan yang sebenar. Janganlah sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan boleh dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat.

sekali lagi saya ingatkan supaya sahabat-sahabatku sekalian menjauhi perbutan maksiat, kerana itu penyebab kesedihan. Takutlah akan murka Allah. Bertakwalah kepadanya, kerana takwa adalah jaminan kebahagian dan keredhaanNya kepada kita. Jangan lupa menebarkan senyuman yang ikhlas dan wajah yang tenang sesungguhnya ketenangan itu membawa kebahagian hidup didunia dan akhirat...


Pedoman Hidup

Jika kesedihan anda semakin menjadi-jadi, penderitaan semakin teruk, ucapkanlah, "La ilahaillallah."

"Maka kesabaran itu adalah yang terbaik(bagiku)."