Sunday 27 March 2011

Indahnya persahabatan bersemikan keikhlasan..


Sukanya ana ingin berkongsikan di sini tentang sebuah persahabatan..sekarang ni susah nak cari sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita, selalu bersama kita samada ketika susah mahupun senang dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama iaitu menyebarkan dakwah ke jalan Allah. 

Melalui persahabatan juga kita mengenal erti sebuah kehidupan. Ana bersyukur kerana mempunyai sababat yang selalu memberi kata2 semangat, memberi teguran apabila ana melakukan kesalahan tanpa ana sedari , sentiasa  bersama ketika susah dan senang dan dapat berkongsi masalah bersama. setengah orang tidak suka berkongsi masalah dengan sahabat mereka itu semua terpulang kepada seseorang tu.

Kita juga perlu bijak dan berhati-hati memilih kawan bukan semua kawan yang memahami kita dan dapat bersama dengan kita. keikhlasan hati dalam membina sebuah persahabatan akan melahirkan satu ukhwah yang membina..isyaallah...

semoga Allah melindungi kita di dunia dan di akhirat...Blog ini untuk diri ana sendiri dan untuk sahabat2 yang mengenali ana...hehehe..

1 comment:

  1. 2 orng shbt yg paling ku syg spnjng perknlan di "U"...miss my fren..huhu

    ReplyDelete