Friday 25 March 2011

~Will You Marry Me??~



Sabda Rasulullah SAW..
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadah dan sunnah Rasulullah S.A.W yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab.

Perkahwinan kerana Allah Taala akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat..ameen Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment